Isnin, 2 September 2013

Teknik Jimat Polish Kereta

Hari ni aku nak berkongsi salah satu teknik yang boleh menjimatkan wang korang untuk jangka masa yang panjang. Bagaimana nak buat kereta anda kalis air dengan cara mudah.. kalis air je tau bukan kalis banjir.. selalunya kereta yang kalis air ni biasanya kereta yang baru dok lepas melabur rm80 ke 120 buat polish kereta kat car wash. Tapi buat sakit hati ja lepas 4-5 hari kesan kalis air tu dah mula hilang keberkesananya dan kereta anda mula bertukar warna kepada warna moto mat indon construction.

Rahsianya... JENG JENG JENG !!!!

Rahsianya adalah PELEMBUT PAKAIAN !!! Ya bahasa omputihnya softener ..!!

tak kisah la cap ayam ke cap kambing ke janji softener pakaian..


Cara- caranya..

Cuci kereta anda sebersih bersihnya 
Bilas dengan air biasa dulu
Sediakan air dalam sukatan separuh baldi dan bancuh dengan sepenutup penuh softener
Larutan tadi anda celupkan secukup rasa dengan kain dan disapukan pada seluruh bahagian 
kereta @ motosikal ataupun apa2 kenderaan yang bertayar dan diperbuat daripada besi. 
Kat cermin juga nak kena sapu.
Biarkan larutan tadi tertempek pada kenderaan anda buat seketika. Pada masa ini anda 
dapat lihat serta kesan  merta pada kenderaan anda. Air yang melekat akan menjadi berbintik bintik
dan mengalir bersama segala kekotoran yang anda sememangnya tak hingin pun anda tengok 
kat kenderaan anda.
Jangan tunggu kering baru nak lap sebaliknya lapkan dengan kain lembab yang bersih dengan larutan 
tadi sampai  betul betul kering.
Dengan cara ini anda sebenarnya anda telah "memolish' kereta anda dengan teknik yang berlainan dengan pengusaha car wash masa kini, tapi berjaya memperolehi hasil yang sama.

Larutan ni jugak anda boleh boh ja dalam tangki wiper anda nescaya hujan yang menitis ke 
cermin kereta anda ibarat mencurah air ke daun keladi.

Kebaikan softener ini adalah ianya mesra besi yakni ianya tidak mengaratkan logam (baik untuk
body kereta dan pemancut cecair cermin) pasal benda ni dah sah2 terbukti tak 
menjahanamkan mesin basuh anda.

Semua pelembut pakaian adalah selamat tak kira cap kambing ataupun gajah sekalipun.



Kepada anda yang sememangnya bajet atau memang kedekut nak derma duit kat car wash
tu bolehla try teknik ni.. gerenti PUAS HATI !!!

Kredit kepada Blue Pearl Auto

1 ulasan: