Rabu, 31 Julai 2013

Jom masak kerabu

Macam pelik lak posting aku kali ini.. sharing tentang resipi masakan kerabu kerang.. heheheh..
Ok tuan tuan dan puan puan da luar sana, untuk memasak kerabu kerang yang enak lagi berkrim dan disukai ramai.. bahan bahan yang diperlukan adalah seperti berikut..



BAHAN-BAHAN

Isi kerang segar 300g
Kelapa parut yang dibuang kulit ari dan digoreng tanpa minyak 1 sudu besar
Pati santan 125ml, diperah daripada ½ biji
Tauge 500g, dibuang ekor
Cili padi 5 tangkai
Limau nipis 2 biji, diperah airnya
Garam secukup rasa

Dikisar halus-halus

Cili merah 4 tangkai
Bawang merah 6 ulas, dikupas
Udang kering 1 sudu makan, direndam dan dituskan
Cara
Campurkan bahan-bahan yang dikisar, isi kerang, kelapa parut goreng dan pati santan di dalam mangkuk besar. Kacau rata-rata.
Masukkan tauge dan cili padi, kacau dan tambah air limau nipis. Perasakan dengan garam – pastikan rasanya lemak dan masam.

Resipi Ramadhan sumbangan Chef Ismail, dipetik dari ‘Kuisin Warisan Melayu’Kredit: Restoran Rebung, Bangsar, Kuala Lumpur

2 ulasan: