Khamis, 19 September 2013

Cara Mudah Menanggalkan dan Tampal Road Tax Kereta


Tip Tanggal dan Pasang Road Tax

Aku nak bagi sket tips kat korang yg nak macam mana cara menanggalkan Roadtax dan beberapa tip macam mana nak tampal Road tax kat cermin kete nih, so time nak tanggalkan nanti senang sket kerja korang




Cara pertama:


Menggunakan Hot air tool atau kalau tak ade boleh guna hair drayer.. Salai sticker road tax agak suam-suam nak bagi gam cair dulu. Lepas tu,bolehlah tanggalkan sticker road tax dgn perlahan-lahan.

Cara Kedua:

Sebelum nak tanggalkan road tax kat cermin kereta anda .. Silalah jemur kereta anda kat tengah panas dulu dalam 1 jam ke,nak bagi gam dia cair dulu agaknya.Lepas tu,dengan berhati2,bolehlah tanggalkan dengan perlahan-lahan. InsyaAllah takde masalah punya

Cara nak hilangkan sisa gam Road Tax lama

Cara mudah yang selalu aku praktikkan, Spraykan WD-40 dulu di sekeliling sticker road tax sebelum menanggalkannya.Lepas itu,tanggalkan sticker tu dan tarik perlahan-lahan sehingga semua bahagian sticker dapat ditanggalkan sepenuhnya.

Jika masih terdapat kesan gam pada cermin,Spray sekali lagi WD-40 pada kesan gam tersebut dan biarkan beberapa minit.Tenyeh-tenyeh dengan kain bersih.

Cara Nak Tanggalkan Sisa Gam Roadtax ( cermin bertinted)



klu cermin tinted pakai minyak, alkohol atau sepirit, paraffin dan tenyeh la sesedap rasa tp jgn guna pisau atau benda tajam, hati-2 sbb mungkin bley rosakkan plastic tinted tu, dan jgn guna petrol sbb ia mungkin boleh rosakkan plastic tinted tu jugak. Ade orang buat dengan cara tenyeh-tenyeh gam tersebut guna minyak wangi perfume, minyak masak, baby oil atau spray label off 50... bahan ni juga tidak memudaratkan plastik tinted kereta korang..

Cara Mudah tanggalkan sisa gam Roadtax ( cermin tanpa tinted)



klu cermin tak tinted, pakai minyak dan kikis dgn pisau lipat ajerr...pastu sisa gam genyeh pakai petrol, diesel, thinner minyak zippo ... pastu sapu balik cermin tu ngan kain bersih.... abis citer..Tapi kalau sisa tu degil susah sangat nak tanggal lagi korang cari Adhesive Remover atau Window Tint off remover.. yang ni power.. cuma boleh guna kalau kereta tu tak bertinted lah..

Tip-Tip nak Pasang Road Tax Baru

Satu tip mudah yang selalu orang gunakan macam mana nak tampal Road tax kat cermin kete nih, so time nak tanggalkan nanti senang sket kerja korang tu..time korang nak tampal road tax kat cermin tu, jangan la tampal roadtax tu cemtu je.. tapi amik plastik lutsinar tipis & cover dulu permukaan road tax tu ngan plastik




1. dapatkan plastik jernih yang sangat nipis (macam plastik tinted kereta tu)
2. potong cun2 dengan saiz roadtax.
3. lekatkan roadtax tu atas plastik tadi
4. kemudian lekatkan plastik yang dah ada rodtax tu kat cermin kereta.

tinggalkan sket je bahagian gam kat tepi r/tax tu utk lekatkan kat cermin kete...pastu tampal la cam biasa.. so gam yg lekat kat cermin kete tu sket je, so time korang nak tanggalkan nnti pun senang & kompom xde kesan

Tampal Road Tax Guna Holder Plastik


Cantik lah sikit kalau guna holder plastik adelah nampak design sikit.. ade besepah jual kat mana-mana.. pilih ajer lah yg mana cantik

Tanggalkan Road tax sticker dari kertas. dapatkan plastik holder road tax Sticker.lekatkan roadtax tu atas plastik holder tadi. pindah tampal rodtax tu kat cermin keret.bagusnya guna holderplastik ni ialah ianya tidak mencomotkan cermin kenderaan anda.

Itu jer.. thanks to Fire Starting Automobil

Tiada ulasan:

Catat Ulasan