Rabu, 31 Julai 2013

Jom masak kerabu

Macam pelik lak posting aku kali ini.. sharing tentang resipi masakan kerabu kerang.. heheheh..
Ok tuan tuan dan puan puan da luar sana, untuk memasak kerabu kerang yang enak lagi berkrim dan disukai ramai.. bahan bahan yang diperlukan adalah seperti berikut..



Khamis, 25 Julai 2013

Cara pilih tembikai yang manis

Buat yang suka makan tembikai tapi taktau camne nak pilih tembikai tu manis ke idak.. ni aku kongsikan tips yang aku dapat dari FB tadi. Aku pun tak tau sajauh mana kebenarannya pasal aku tak try pun lagi, tapi kalau ada sesapa yang dah try tu, bolehla bagitau aku..



Selasa, 23 Julai 2013

Apa yang korang perlu semak sebelum beli rumah bhgn 2

Minggu lepas aku dah bagitau apa step pertama korang perlu mulakan sebelum nak beli rumah. Jadi disebabkan hari ni aku rajin skit.. aku sambung la step seterusnya supaya korang boleh segera mempunyai rumah sendiri dan mengelakkan diri dari dikencing oleh mereka yang suka amik kesempatan..

Jumaat, 19 Julai 2013

Iklan semakin mengarut

Bila perati kat kebanyakan suratkhabar sekarang ni, aku tengok semakin banyak lak iklan semak dan mengarut yang boleh menyebabkan aku rasa loya yang teramat bila tengok aksi posing dan testimony yang digunakan sebagai satu cara marketing yang agak berani dan berahi untuk melariskan jualan masing masing..agaknya la !!

Apa editor diorang ni tak tapis dulu ke sebelum keluarkan iklan iklan mencarut dan mangarut camni. Kalau nak cari keuntungan dari iklan tu pun.. pikir pikir la skit ye.. 

Khamis, 18 Julai 2013

Apa yang korang perlu semak sebelum beli rumah

Baru baru ni member rapat aku call, bertanyakan tentang cara nak beli rumah baru.. punya la excited dia bercerita tentang rumah yang dia nak beli tu sampai aku tak sempat nak mecelah apa apa pun..dan dalam banyak banyak cerita dia..point penting ni je yang aku ingat..

“Tapi bro, agent tu mintak duit deposit dulu, kemudian dia suruh kita sendiri pergi check loan dengan bank samada lepas ataupun tidak.. kalau tak lepas.. hangus la duit tu..” Hamboi..hamboi.. Senang betul agent camni wat duit ya. Sesuka ati dia je nk mengencing member aku ni. Nasib baik la dia bertanyakan dulu pada aku, kalau tak, confirm hangus camtu je duit dia kalau loan tak lepas.

Jadi, untuk mengelakkan diri korang dari terkena kencingan camni..ni  aku kongsikan sedikit tips yang korang perlu tau sebelum cuba cuba nak beli rumah..

Sahur Ketika Azan Subuh

Tengah ronda ronda kat youtube tadi, aku terjumpa satu video yang aku rasa agak menarik untuk dikongsi sesama kita. Kerana, ada sesetengah dari kita yang taktau pasal ni..atau ada plak yang konfius berkenaan waktu imsak ni. Jadi mungkin pencerahan dari Ustaz Azhar Idrus ni diharap dapat membantu sedikit sebanyak untuk menambah ilmu kita bersama. In syaa Allah..

Rabu, 17 Julai 2013

Berjaya dalam perniagaan

Jika ada diantara korang yang minat berniaga, atau dahpun mempunyai perniagaan atau dah mempunyai perniagaan tetapi perniagaan itu tak berapa nak memberangsangkan atau dah mempunyai perniaagaan dan ingin mengembangkan lagi perniagaan korang atau apa jualah alasan korang sendiri.,jadi ni aku nak kongsikan satu info yang aku rasakan amat berguna untuk korang menambah pengetahuan sedia ada.

Isnin, 15 Julai 2013

Camni ke minta maaf ??

Minggu lepas aku ada cerita berkenaan 2 ekor mangkuk yang telah menghina umat Islam dengan ucapan salam mereka yang terang terang menghina kesucian agama Islam. Hari ni, aku dapat tau yang diorang da buat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia diatas kebiadapan mereka tempohari.

Walaupun mereka katakan yang mereka telah meminta maaf.. tp menurut akaun twitter mereka kat bawah ni.. adakah ini yang dikatakan mangkuk 2 ekor ni sebagai maaf ??

Jawapan kreatif lagi melucukan

Kadang kadang bila dapat emel gambar sebegini, memang aku tak tertahan nak ketawa. Mana taknya, lain soalan diberi, lain pula jawapan yang dijawab. Pulak tu, jawab main ikut suka je.. confirm cikgu yang menanda tu pun meleleh air mata nak menanda kertas jawapan camni..

Jom layan..


Komen isteri guru mati ditembak


Pada yang pernah beri komen negatif tu, istigfar dan mohon la maaf kepada isteri arwah. Kadang kadang, berita ni pun bukan boleh percaya sangat. Semata kerana mahu me'laku'kan jualan, cerita yang benar pun dipusingnya 360 darjah

Apa yang keluar dari mulut isteri arwah




Apa yang keluar kat paper..

Sabtu, 13 Julai 2013

Kurang ajor punya mangkuk !!

Biadap !!Bukan setakat biadap, tapi kalau boleh macam macam lagi aku nak maki mangkuk 2 ekor ni kat blog ni. Langsung tak fikirkan tentang perasaan penganut agama lain. Ikut suka mak bapak dia je post FB yang mengarut camtu.

2 budak cina ni telah menghina umat Islam bukan sahaja di seluruh Malaysia tapi seluruh dunia !!

Jumaat, 12 Julai 2013

Perlu ke boikot kurma dari Iran?

Setiap kali masuk ke bulan Ramadhan, iklan tv yang paling ngetop aku rasa adalah iklan kurma dari Yusof Taiyob. Da macam sinonim lak.. asal Ramadhan je adalah iklan Yuta ni, asal iklan Yuta ni ada, mesti da nk Ramadhan.. bijak betul dia guna kaedah “marketing tanam minda” ni..


sekadar gambar hiasan. kredit to drusila

Itu baru mukadimah, apa aku nk cite sebenarnya..baru baru ni aku asik terdengar slogan boikot barangan Iran yang tengah hangat kat internet sekarang.. lepas aku gali lebih mendalam.. barulah aku tau, yang boikot ni dianjurkan atau dimulakan oleh ulama terkenal Syeikh Yusof Qardhawi kerana untuk menyokong golongan sunni yang terus terusan ditindas oleh golongan syiah di Iran..

Khamis, 11 Julai 2013

Penerima hadiah Liga Super dan Liga Perdana

Bulat mata aku tengok jumlah hadiah dan juga insentif yang diberi kepada juara, naib juara dan juga tempat ketiga bagi Liga Super manakala Liga Perdana pula hanya juara dan naib juara je yang menerima habuan..  Ini menunjukkan dengan sukan pun boleh menjana pendapatan lumayan..

Penat kejar Imam dalam Solat Terawih?

Aku tau ramai yang makmum di luar sana yang kadang kadang solat terawih di belakang imam yang baca agak laju. Kita belum pun habis baca Al-Fatihah, imam da rukuk.. tu yang jadi penat tu..dek kerana nak cepat habiskan baca Fatihah semata nak sempatkan rukuk bersama imam. Ni biasanya berlaku kepada imam yang membaca surah lazim dalam terawih tu, tapi kalau baca surah panjang panjang, takkan la tak sempat nak membaca Al-Fatihah plak kan.. dan kebiasaan ini juga berlaku pada rakaat kedua.. ye la.. biasanya rakaat kedua, selepas fatihah imam akan baca al-ikhlas, baru 4 ayat.. al-fatihah plak 7 ayat.. ni juga sekaligus menjadi punca ramai makmum yang terkumat kamit nak lajukan bacaan.. ntah betul ntah tidak tajwidnya.. wallahua’lam..



Di surau tempat aku berjemaah semalam, biasanya sebelum memulakan solat sunat terawih, mereka akan memberikan sedikit tazkirah dan dalam tazkirah semalam, mereka berkongsi kaedah supaya kita dapat menghabiskan al-fatihah kita dengan tenang dan dalam masa yang sama dapat rukuk bersama imam. Mungin ada yang tau kaedah dan mungkin ada yang tidak, jadi aku kongsikan juga, supaya yang tak tau tu boleh jadi tau dan yang tau tu boleh perbetulkan kalau ada silapnya..

Jadi apakah kaedahnya?             
                  

Rabu, 10 Julai 2013

Rumah untuk dijual - Taman Scientex ( Sudah Terjual )

Salam 1 Ramadhan.

Semalam aku dapat satu sms berkaitan rumah untuk dijual di kawasan Pasir Gudang. Di bawah ni aku sertakan sekali butiran rumah tersebut. Bagi pembaca blog ni yang ingin melihat lihat rumah ni, bolehlah contact aku melalui emel di arecuarm@gmail.com.

Kita layan details rumah dulu ya. Gambar aku akan update kemudian.
Rumah untuk Dijual di Pasir Gudang

Kawasan : Taman Scientex, Pasir Gudang
Keluasan : 16 x 60 kaki persegi
Lot : Antarabangsa
Alamat : No xx, Jalan Serindit 22, Taman Scientex

Harga : RM 150,000


ni rumah contoh je..

Isnin, 8 Julai 2013

Jadual Waktu Berbuka Puasa 2013 Bagi Negeri Johor Darul Takzim

Lagi 2 hari je da nak puasa. Aku harap engkorang kat luar sana tu, mana yang lom ganti puasa tu.. agak agak la sikit ya. Takkan la da tua tua pn nak "uzur" je lagi. Kalau yang pempuan tu aku boleh paham la.. tp yang tang lelaki tu kalau uzur.. alahai... taktau den nak cakap apa.

Ok, untuk memudahkan korang alert waktu berbuka sepanjang bulan pose ni, jadi aku upload la jadual waktu berbuka puasa ni untuk kemudahan korang sepanjang bulan Ramadhan yang berkat ni..

Pemeriksaan Kesihatan Percuma di Kulai

Buat yang ada ingin melakukan pemeriksaan kesihatan tapi tak tau nk pergi ke mana, jangan pening pening kerana AM PM Farmasi cawangan Kulai akan membuat satu pemeriksaan percuma di kedai mereka pada 14.07.2013 dari jam 9.00 pagi hingga ke 5 petang.

Kalau sesiapa nk ke sana, bawah ni aku sertakan alamat dan juga iklannya sekali..

No 19, Jalan Anggerik 1,
Taman Kulai Utama, 81000 Kulai, Johor





Sori ler kalau tak terang sangat.. Tapi still masih boleh nampak rasanya..


Ahad, 7 Julai 2013

JDT kempunan ke AFC

Kesian aku dengan JDT, walaupun seri dengan Selangor tadi, tp aku langsung tak nampak "seri" di muka penyokong JDT lain kerana dengan keputusan camtu, menandakan yang JDT tak dapat menempah tempat untuk ke AFC.

Apalah malang bertimpa, da la kecundang di tangan Kelantan minggu lepas di final Piala FA, kali ni seri plak ngan Selangor. Apa apa pun, seperti post aku yang sudah, memang aku harapkan ada pembaharuan dikalangan pemain dan juga coach JDT ni.

Kalau tak, memang peminat JDT terpaksa menerima hakikat yang pasukan kegemaran mereka ni, hanya hebat dari segi line up pemain, tapi dari segi permainan... hancur...



lepas ni maybe kita tukar tagline.. " Puaskan Penyokongmu.. "

Isnin, 1 Julai 2013

JDT kecundang di Final

Akhirnya, setelah bertarung selama 90minit, keputusan akhir diketahui juga. Kelantan berjaya mengekalkan Piala FA yang telah dimenangi pada tahun lepas, kali ni dengan JDT sebagai mangsa 1 - 0. Walaupun aku bukan peminat tegar JDT ni, tapi disebabkan aku sendiri dok kat Johor ni, jadi aku mestilah kena sokong negeri sendiri ye tak.

 Memula tu aku memang berharap sangat la JDT menang, tp tengok je gaya permainan lemah yang ditonjolkan, sah.. memang takde harapan nak bawak balik Piala tu ke selatan. Sakit hati je tengok diorang main, mana taknya, defends lemau sungguh, langsung takde marking pemain Kelantan, pulak tu asik salahkan satu sama lain. Nasib baik la golkeeper tu boleh diharap, dialah yang banyak menyelamatkan keadaan dan dia je lah yang aku respek dalam kebanyakan pemain JDT yang main tapi lebih kepada "main-main".

 Apa2 pn, aku rasa pihak pengurusan JDT tak perlulah melabur duit banyak2 untuk menarik penyerang yang belum tentu boleh bermain dengan baik, tp lebih baik upgrade kan defense dan juga midfield team JDT ni. Kalau penyerang hebat pun, tapi gawang asik bocor pn tak guna juga kan..