Resipi Yang Anda Mesti Cuba - Lamb Chop Aduh Sayang dan Kentang Putar Alam

Sekali sekala kita makan western food ni sedap jugak rasanya. Lebih lagi kalau makanan tu kita yang buat sendiri, confirm puas hati. Jadi, hari ni jom cuba masak makanan western ni. Sedap tak sedap tu no 2, yang penting kita cuba.

Cara Buat Lamb Chop Dengan Kentang Putar



Cara membuatnya!! sangat-sangat senang!!



Lepas perap dengan sos marinate semalaman saya bakar di atas pembakar elektrik. Sebelum tu saya dah buat sos dan kentang putar dan hidang atas meja…Walaupun saya membeli siap sos marinate, tetapi sebenarnya ia boleh di buat sendiri. Ini resepinya.

Resepi Sos Marinate
1 ulas bawang putih ( ditumbuk)
1 sudu makan lada hitam ( di tumbuk )
2 sudu besar sos tiram
sedikit garam, gula dan sedikit jus limau

Caranya
1. Satukan semua bahan.
2. Lumurkan pada Lamb. Perap semalaman dalam peti sejuk.




Resepi Kentang Putar ( Mashed Potato)

6-8 biji Kentang ( dikopek kulit, di potong dan di rebus hingga empuk)
1 sudu besar butter
1/2 cawan susu cair
sedikit daun bawang (di potong2)
sedikit lada sulah dan garam
Cara membuatnnya
1. Satukan kentang rebus, butter, garam dan lada sulah kemudian lecek hingga hancur.
2. Masukkan susu cair. Kacau hingga rata. Kalau rasa- rasa terlalu pekat boleh ditambah sedikit lagi susu atau air masak.
3. Last sekali masukkan daun bawang yang telah dipotong-potang. Gaul rata dan bolehlah di hidangkan.


Resepi Sos Lamb chop/ Sos perang/Brown sause).
1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam

Cara membuatnya
1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.

* Jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.




Hidangkan Lamb chop dengan sayur-sayuran…..
Selamat mencuba…

Sumber : Emel

Catat Ulasan

0 Ulasan