Kilang Kereta Ini Patut Diberi Pujian Kerana Menghargai Alam Sekitar


Dibawah ialah kilang pembuatan kereta sports McLarenyang terletak di Woking , Surrey England. Ianya sebesar 45,500 meter persegi dan dibina dengan teknologi mesra alam.

Kalau korang nak tau, di sinlah kereta lumba street legal McLaren dibina dan dipasang.

Kilang ini mengitar semula air hujan dari bumbung yang kemudian digunakan bagi mengairi pokok-pokok sekitar kilang. Kilang ni juga dibina "terbenam" kedalam bukit bagi memberi penebat haba yang baik ketika musim sejuk serta panas.

Bangunan kilang terbenam ini juga membuatkan kilang ini seakan-akan bersatu dengan kontor bukit sekelilingnya. Akhir sekali atapnya akan dipasang sel photovoltaic yang mampu menjana elektrik untuk kegunaan kilang.

Bangunan kilang ini ialah hasil rekaan Foster and Partners.



Kreatif kan diorang ni

Catat Ulasan

0 Ulasan