Berdasarkan survey yang dibuat ke atas lebih 14,000 orang
pelajar university, berikut adalah senarai top 10 syarikat popular yang menjadi
pilihan pelajar university selepas menamatkan pelajaran mereka.
Industri perbankan dan perkhidmatan kewangan mendapat
pilihan tertinggi graduan pada tahun ini. Maybank,CIMB Group dan Bank Negara
mendominasi 10 kedudukan teratas di dalam senarai ini, manakala Ernst &
Young dan PricewaterhouseCoopers mendapat 2 tempat di dalam senarai 10 teratas.
Agak mengejutkan sebenarnya – apabila PricewaterhouseCooper
yang pada tahun sebelumnya menduduki tangga teratas, jatuh ke tangga ke 8 pada
tahun 2014.
Syarikat penerbangan Malaysia yang baru baru ini mendapat
liputan meluas kerana berbagai insiden yang menimpa mereka pada tahun ini – Malaysian
Airlines, masih menjadi pilihan graduan sebagai majikan setelah tamat pengajian
mereka nanti.
0 Ulasan