Aku pasti ramai yang tak tahu pasal hal ni..Dan untuk tambah pengetahuan korang atau ada yang da ada niat nak nikah di Thailand pasni.. bolehlah guna tips di bawah ni ya.. heheheh
SOALAN: Saya telah bernikah di Selatan Thailand dan pernikahan secara wali am setahun lalu. Sehingga sekarang ini, saya dan suami masih belum mendaftarkan pernikahan
ini di mana-mana pejabat agama Islam. Apa yang perlu saya lakukan untuk selesaikan masalah ini?
JAWAPAN: Matlamat perkahwinan adalah untuk menghalalkan perhubungan lelaki dan perempuan. Dalam erti kata lain, memenuhi keperluan atau tuntutan batin manusia agar mendapat keredaan ALLAH SWT.
Menurut puan, pernikahan ini masih belum didaftarkan di pejabat agama Islam walaupun hampir setahun pernikahan dijalankan. Sepatutnya, selepas puan dan suami balik ke Malaysia, segerakanlah urusan pendaftaran pernikahan ini di pejabat agama Islam yang berhampiran dengan tempat tinggal puan.
Bagaimanapun masih belum terlambat untuk mendaftarkannya.
Pertama: Puan dan suami perlu hadir di pejabat agama Islam dan membawa segala dokumen yang berkaitan. Puan dan suami akan diambil keterangan oleh pihak pejabat agama Islam mengikut hukum syarak.
Sekiranya tidak sah, maka pernikahan puan dan suami perlu difaragkan melalui perintah mahkamah sekiranya pernikahan ini perlu pengesahan pernikahan melalui perintah mahkamah.
Kedua: Pihak pejabat agama Islam akan memanjangkan kes puan dan suami ke mahkamah syariah untuk mendapatkan kebenaran mendaftarkan pernikahan di bawah Seksyen 31 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
"Pendaftaran perkahwinan luar negara oleh orang yang bermastautin dalam negeri Selangor". Permohonan boleh dibuat oleh suami atau isteri. Sekiranya suami membuat permohonan, makan suami adalah plaintif dan isteri adalah defendan.
Begitulah juga sebaliknya. Sekiranya mahkamah berpuas hati dengan keterangan yang diberikan, mahkamah boleh memerintahkan supaya pernikahan ini didaftarkan di pejabat agama Islam.
Memandangkan pernikahan ini tidak mendapat kebenaran dari mana-mana pejabat agama Islam untuk bernikah di luar negeri seperti yang diperuntukkan dalam Enakmen Undang-Undang Islam Negeri,
maka puan dan suami akan diambil tindakan undang-undang kerana kesalahan tidak mendapat kebenaran untuk bernikah dari pejabat agama Islam atau mahkamah syariah.
Kesalahan pertama di bawah Seksyen 40(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 'berhubung dengan akad nikah perkahwinan' yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan setiap seorang.
Setelah dikenakan penaliti ini, barulah puan dan suami boleh mendaftarkan pernikahan ini dan akan menggunakan Sijil Perakuan Nikah ini sah digunakan untuk segala urusan yang berkaitan.
Jika puan dan suami tidak mendaftarkan pernikahan ini, maka implikasi yang harus dihadapi ialah seperti tidak boleh membuat pendaftaran kelahiran anak dan tidak dapat membuat sebarang tuntutan
di mahkamah yang melibatkan suami isteri serta urusan lain yang berkaitan.- SinarHarian
0 Ulasan