Polis tidak lagi
teragak-agak untuk menembak terlebih dahulu tanpa memberi sebarang amaran, kata
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) yang didedahkan menerusi satu rakaman
suara di Melaka pada Jumaat lalu.
Beliau dipetik berkata
semasa Majlis Taklimat Keselamatan Bersama Pemimpin Masyarakat yang
kemudiaannya menjadi platform untuk beliau bercakap mengenai isu-isu sensitif,
lapor akhbar Oriental Daily.
Dalam pada itu, laman
portal MalaysiaKini melaporkan wartawannya telah dihalau keluar semasa majlis
tersebut serta diugut sekiranya membuat laporan mengenai ucapannya itu.
Laman tersebut juga
mengakui telah menerima rakaman tersebut daripada seorang ahli dewan undangan
negeri di Melaka.
Rakaman tersebut
mendedahkan Ahmad Zahid berkata antara 28 ribu hingga 40 ribu kumpulan
penjenayah terdiri daripada kaum India dan tidak menjadi kesalahan untuk
menahan mereka.
"Bagaimana
keadaan mangsa rompakan, bunuh dan tembakan ini? Kebanyakannya adalah orang
Melayu kita. Kebanyakannya ialah bangsa kita.
"Saya fikir, cara
paling baik jangan ada kompromi dengan mereka. Jangan ada lagi amaran kepada
mereka. Kita dapat bukti, kita tembak dulu," kata Ahmad Zahid yang dipetik
dalam rakaman tersebut.
Menteri Dalam Negeri
tersebut juga telah menghentam Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P.
Waythamoorthy kerana mengkritik pasukan polis susulan insiden tembakan lima
penjenayah India di Pulau Pinang.
"Ada timbalan
menteri cengkadak buruk, dia pertikaikan saya dan polis, kenapa tak beri
tembakan amaran dulu. Barulah tembak," katanya semasa majlis tersebut.
Walaupun tidak
menamakan menteri tersebut, yang merupakan bekas pemimpin Gerakan Bertindak Hak
Hindu (Hindraf), Zahid berkata timbalan menteri tersebut boleh letak jawatan
jika tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan.
Ahmad Zahid juga
secara bangga mengakui pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang diluluskan
baru-baru ini adalah cadangannya.
"Kita siasat,
kita bawa ke mahkamah. Kalau tidak ada bukti atau tidak cukup bukti,
sekurang-kurangnya dua tahun penahanan. Itu undang-undang baru saya. Tiada
kompromi," katanya lagi.
Pindaan akta
kontroversi PCA yang diluluskan baru-baru ini di Parlimen akan membenarkan
penahanan tanpa bicara sehingga dua tahun, serta boleh dilanjutkan sehingga
selepas berakhir tempoh tersebut.
Pindaan tersebut diluluskan
oleh Dewan Rakyat selepas mendapat undi 115 daripada ahli Parlimen Barisan
Nasional.Sumber
Ada sebabnya dia cakap macam tu..
tapi tak ramai yang nak amik tahu..
Betul atau tidak tindakan dia tu..?
Kita tengok dulu..
0 Ulasan