Cerita Lucu - Kerana Hutang, Audi Diletakkan Di Atas Bumbung


Gambar sebuah kereta Audi yang diletakkan diatas bumbung sebuah bangunan di kampung Houbu , daerah Zhejiang telah menjadi satu berita hangat di Internet. Pada asalnya gambar itu menjelaskan bahawa kereta itu diangkat keatas bumbung itu oleh kren kerana tiada tempat letak kereta yang kosong itu diletakkan di bawah. Dan setiap kali pemandu mahu menggunakan kereta tersebut, dia akan menggunakan kren untuk mengangkat kereta itu kembali ke bawah.

Wartawan yang berjumpa dengan pemilik bangunan itu , Wang Qin ( bukan nama sebenar ) telah mengesahkan bahawa Audi yang diletakkan diatas bumbung itu adalah "milik " kepada menantu beliau  - Encik Zhou.


Dan kisah sebenar kepada cerita Audi di atas bumbung ni adalah lebih lucu dari versi asalnya - Puan Wang menjelaskan bahawa menantu beliau telah meminjam beberapa ratus ribu Yuan Cina dari beliau , tetapi tidak mahu membayar balik wangnya itu.

Beliau menjelaskan :
"Menantu saya sentiasa membawa kunci kereta beliau bersamanya. Satu malam, dia memanggil kawan-kawannya pada pertengahan malam dan mahu keluar dari situ dengan membawa kereta itu.  Walau bagaimanapun, saya terus kereta dan menunggu di sini sepanjang malam panjang. Melihat bahawa kaedah ini tidak akan bertahan lama, maka cara yang selamat adalah dengan meletakkan kereta ini di bumbung.. "


Dan apabila hutangnya telah dibayar balik, barulah kereta itu akan dipulangkan kembali dan diletakkan diatas tanah, kata Puan Wang lagi.


Catat Ulasan

0 Ulasan