Masuk hari ni, da dekat 2 hari aku tahan sakit pasal terkena
ulser mulut aka mata ikan ni. Punyalah pedih, sampai nak makan kat open house
pun aku tak lalu.. ya! Jangan terkejut. Memang open house walaupun raya
sebenarnya 2 hari je.. ni la budaya rare Malaysia!
Ok, berbalik pada ulser mulut ni balik.. disebabkan malas nk
gi klinik, so aku search la petua merawat ulser mulut ni kat Internet. Banyak
gak la yang aku dapat dan juga info sebenar mengenai ulser mulut ni. Nak tau?
Cekitaut..
Sekadar gambar hiasana. Tiada kena mengena dengan mulut aku
Apakah ulser mulut?
Ulser
mulut adalah sebarang jenis ulser yang terjadi di dalam rongga mulut.
Apakah yang menyebabkan ulser mulut?
Terdapat
banyak-banyak sebab dan ini boleh meliputi :
·
Punca dari kecederaan (trauma) fizikal seperti tergigit atau
terkena alat-alat tajam
·
Kekurangan setengah zat-zat seperti zat besi, asid folik dan
vitamin B 12.
·
Daya tahan badan yang berkurangan
·
Jangkitan bakteria, virus atau kulat.
·
Alahan / reaksi alergik
·
Faktor keturunan
·
Kesan –kesan radioterapi / kimioterapi
·
Kesan-kesan dari penyakit sistemik
·
Kanser mulut
·
Sebab-sebab yang tidak diketahui (ulser afta)
Apakah ulser afta?
Ulser
afta juga dikenali sebagai kudis mulut atau mata ikan. Ulser afta adalah luka
atau kudis dalam mulut, yang terjadi berulang kali samada secara sebiji atau
berbilang biji. Ia selalu sembuh tanpa meninggalkan parut.
Apakah ciri-ciri ulser afta?
Ulser
afta merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang
dikelilingi oleh warna kemerahan. Ulser ini boleh mempunyai saiz yang
berbeza-beza dan menyakitkan. Tanda yang ketara ialah kesakitan dan kemerahan
di sekeliling tompokan ulser (luka/ kudis) di mana ia boleh berlarutan selama 7
hingga 14 hari.
Apakah gejala yang timbul berkaitan dengan ulser afta?
Ia
sering dihubungkaitkan dengan :
·
Rasa membakar di dalam mulut
·
Kesakitan
·
Ketidakselesaan yang berpanjangan
·
Hilang selera makan
·
Demam
Berapa lamakah ulser afta akan sembuh?
Kesakitan
akan berkurangan dalam tempoh 3 - 4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil
masa 10 - 14 hari untuk sembuh sepenuhnya.
Komplikasi ulser afta
Ulser
berkemungkinan menjadi lebih teruk sekiranya ada jangkitan kuman. Pesakit
mungkin menghadapi kesukaran semasa makan.
Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan rasa sakit?
Cuba
petua di bawah untuk menghilangkan rasa sakit :
·
Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
·
Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
·
Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
·
Makan makanan yang lembut.
·
Kurangkan makanan pedas dan berempah.
·
Minum air secukupnya.
·
Dan petua
tambahan lain yang aku jumpa.. gosokkan tempat yang terkena ulser tu dengan
garam.. nescaya esok hilangler ulser itu..tp pedihnya… meleleh air mata beb..
Dan kalau da buat semua ni, tapi masih ada lagi ulser tu.. baik
gi check la kat klinik.. tak mahal.. singgit je… mana la tau tetiba jadi serius
cam kena kanser mulut ke, uish.. baik gi check ya.
cilok kat myhealt.gov.my
2 Ulasan
Taruk ubat gigi x sakit.. Masa tengah makan sediakan air sejuk sekali.. Minum air sejuk banyak2..
BalasPadamsaya kne ulser ,nk menagis rase ,pkai bonjela org ckp ok hari ni taruk kt tmpat ulser
BalasPadamesok tu pedih kt tepi bibir ,mcm luke . .bengang gler rase . .nk ckp n mkn pon sush . .