Cara Pilih Pad - Wanita Mesti Tahu

Sebenarnya, tuala wanita yang ada di pasaran, bukanlah 100% kapas. Ia diperbuat dari SERBUK KAYU PULPA. Tuala wanita diperbuat daripada serbuk kayu pulpa yang dilembutkan dan diputihkan melalui proses pelunturan dengan bahan peluntur berklorin yang menghasilkan bahan kimia iaitu Dioksin. 

Apabila telah lembut, lapisan inilah yang dijadikan tuala wanita pakai-buang yang telah digunakan oleh wanita di seluruh dunia pada tahun 1970. Berapa ramai wanita yang sedar bahawa tuala wanita diperbuat daripada gentian/serbuk pulpa kayu yang diputihkan dengan bleaching?

Bleaching adalah asid peluntur yang biasa digunakan semasa mencuci pakaian atau lantai rumah. Asid ini apabila di lekatkan pada kulit seperti difaraj, ianya akan menyerap masuk ke dalam sel-sel tubuh badan dan lama kelamaan akan terkumpul dan boleh memudaratkan rahim.
Beberapa hasil ujian yang dilakukan di negara barat membuktikan terdapat bahan toksid dalam tuala wanita biasa. Persatuan Pengguna Pulau Pinang juga pernah mendedahkan bahaya tuala wanita yang biasa kepada kaum wanita. Selain dari takungan darah yang menjadi punca pembiakan bakteria, kandungan dalam tuala wanita tersebut sendiri mendedahkan wanita kepada risiko penyakit yang digeruni tanpa disedari.

Rata-rata wanita fikir semua tuala wanita diperbuat daripada kapas asli kerana ia berwarna putih. Jika anda sering menonton TV & terperasan iklan mengenai tuala wanita, cuba perhatikan tulisan `permukaannya seperti kapas asli’ yang membawa maksud ianya bukan dibuat dari 100% kapas asli. 
Kandungan dioksin / toksik yang tertinggal dalam tuala wanita biasa boleh meresap masuk ke dalam tubuh si pemakainya dan kemudian tersimpan dan terkumpul di dalam sel lemak badan. Ini boleh menimbulkan kerosakan/penyakit yang serius dan membawa maut. Pengguna berhadapan dengan risiko lemah sistem imuniti, radang pelvik, kurang subur serta ia turut menjejaskan perkembangan dan kesihatan janin dalam kandungan.




Tuala wanita biasa yang berasaskan pulpa kayu juga mengandungi bakteria. Hasil ujian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati jumlah bakteria amat tinggi sehingga 10 kali ganda lebih dari piawaian antarabangsa dan boleh membawa kepada jangkitan faraj. 



Info dari Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan statistik wanita di Malaysia yang menghidapi masalah dalaman seperti barah rahim, endometriosis, ketumbuhan, fibroid dll semakin meningkat.

Walaupun penyelidikan yang telah dibuat tidak dapat betul-betul membuktikan sejauh mana tahap bahaya dioksin dalam tuala wanita, tetapi banyak kajian yang mendapati memang terdapat dioksin dalam tuala wanita dan menyokong supaya penggunaan tuala wanita diperbuat daripada pulpa kayu dielakkan dan menggantikannya dengan tuala wanita daripada kapas asli.

Nak tahu lagi? Berapa ramai wanita yang sebenarnya tertipu dengan jenama tuala wanita yang kononnya superbrand sedangkan mana-mana syarikat tuala wanita mengambil bekalan tersebut dari gedung pemprosesan yang sama dan mula mem’patern’kan tuala wanita mengikut patern masing-masing. Dah siap dipatern, dipasar dan dijual kepada pengguna dan pengguna seawal umur 10 tahun telah memakai tuala wanita ini tanpa menyedari kesan dan ancaman toksin yang akan dihadapi padd masa hadapan




Jika kita memakainya pasti terdedah kepada ancaman tersebut.Bayangkan bila usia menginjak 10 tahun sudah mula memakai tuala wanita yang bertoksin. Bahan-bahan kimia yang digunakan mula menyerap masuk dalam salur peranakan yang amat sensitif (sebagaimana habuk tisu masuk dlm rongga hidung). Bila usia 30 tahun, kita dah mengunakan tuala wanita bertoksin selama 20 tahun. Keadaan ini yg menyebabkan masalah bau, lendir putih/kuning dan bermacam-macam lagi.


TIPS MEMILIH TUALA WANITA YANG BETUL

Ketahui saiz, bentuk badan dan aliran period anda. Pilih tuala wanita yang sepadan dengan anda.

Ketebalan
Tuala wanita maxi biasa mempunyai ketebalan yang sesuai untuk aliran banyak. Ada orang yang sukakan tuala wanita lebih nipis yang mampu menyerap untuk hari aliran banyak. Ini kerana ia membuatkan mereka lebih selesa. Jadi pilihlah tuala wanita yang selesa dipakai.

Sayap atau tanpa sayap.
Sayap boleh menghalang darah daripada terbocor ke seluar dalam anda. Semasa hari aliran banyak ataupun anda ingin melakukan aktiviti luar, pakailah tuala wanita bersayap.

bahan lapisan luar[
Mengikut jenis lapisan luarnya. Di pasaran, tuala wanita yang dijual boleh didapati sama ada dengan lapisan luar kapas ataupun jejaring. Ada gadis yang lebih sukakan kelembutan dan keselesaan yang diperolehi daripada lapisan kapas manakala ada yang sukakan perasaan kering yang dapat dinikmati daripada lapisan luar jejaring. 


Perkara yang sebenarnya salah tapi kita tak sedar ia salah ketika menggunakan tuala wanita..antarnya adalah:

1. Tak basuh tangan masa tukar tuala wanita yang baru.Ia mudah mengakibatkan jangkitan kuman.

2. tak meneliti tarikh luput. Tuala wanita yang menghampiri tarikh luput, kualitinya menjadi rendah (tuala wanita pon ada expiry date)

3. Menggunakan tuala wanita yang mempunyai wangian yang boleh menyebabkan alahan pada kulit

4. Menggunakan satu tuala wanita dalam jangkamasa yang lama. ini akan menyebabkan berlakunya pembiakan kuman yang banyak dan akhirnya menyebabkan jangkitan kuman. cara yang terbaik yang dicadangkan adalah menukar setiap 2 jam ketika hari hari awal datang haid.

5. Memilih tuala wanita yang begitu tebal dengan alasan lendiran dan darah dapat diserap dengan baik,padahal ia akan membuatkan lebih banyak pembiakan kuman berlaku.

Apabila membeli tuala wanita, anda boleh pelbagaikan jenisnya. Jadi, bolehlah anda pakai tuala wanita mengikut aliran dan tempoh haid dan jenis aktiviti yang akan anda lakukan.
Bahan lapisan pelindung. Tuala wanita dijual dengan sama ada lapisan kapas atau jejaring/jalinan. Ada gadis yang sukakan kelembutan ekstra dan keselesaan yang terdapat pada lapisan kapas manakala ada yang sukakan rasa kering yang boleh didapati menerusi lapisan jejaring. Terpulang pada anda.

Kredit kepada kaumwanitaharustahu

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Apakah jenama tuala wanita/remaja yang bersayap? Sebab setiap kali saya memakai tuala wanita ia akan bocor sehingga mengenai seluar dalam.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam