Kaedah menghalau lalat dan kelebihan lalat


Aku percaya ramai antara kita yang menghadapi masalah lalat kat umah. Dan biasanya cara orang menghalau lalat adalah dengan menggunakan tangan yang dikibas kibas dengan harapan lalat tersebut akan pergi dan tak kembali semula menggangu kehidupan korang.. tapi hakikatnya.. korang sendiri sedia maklum kan.. hahahaha..


Salah satu petua yang aku rasa berbaloi untuk dicuba adalah dengan menggunakan pelekat lalat. Penah tengok? tak penah? Takpe.. ni aku bg gambar utk korang senang paham.. mende alah ni murah je.. 





caranya.. letak je di tempat yang selalu dihurung lalat.. dan bila lalat tu melekat je kat kertas ni.. confirm da tak boleh terbang dah pasal kekuatan gam kertas ni agak menakutkan jugak jika dilihat dari segi luarannya. Bagi yang ada anak kecik.. jgn ler memandai nk bg dekat kat diorang. Kang tak pasal.. abes melekat gam tu.. dengan2 lalat sekali melekat kat anak korang..hahaha..

contoh lalat yang melekat kat pelekat ni

Lagi satu petua yang aku dapat untuk mengurangkan lalat ni adalah dengan meletak daun kari di tempat tersebut. Walaupun aku tak penah mencuba.. tp dari yang aku perasan, kadang kadang di kenduri kawin, ada je diorang letak daun ni. dan.. wallao.. lalat pn tak berani nk hinggap.. bagi sesapa yang nk melihat daun kari ni camne rupanya…. Ehh.. daun kari pun aku nk tunjuk gambar ke? ko carik sendiri kat kedai runcit da la. Melambak ada. Kalau taktau.. Tanya je…

Dan last skali.. lalat ni pun ada kelebihannya.. tak caya? Cer tengok infografik kat bawah ni..dan jangan lupa muhasabah diri kerana setiap ciptaan Allah, pasti ada hikmah di sebaliknya.. Subhanallah..

Kelebihan Lalat


Catat Ulasan

0 Ulasan