Lukisan Menggunakan Microsoft Excel


Microsoft Excel bukan sahaja digunakan untuk tujuan pengiraan kerana sekiranya korang tau caranya, Software ni pun boleh digunakan untuk membuat lukisan. Jangan tak percaya kerana Tatsuo Horiuchi yang berusia 73 tahun dari Jepun telah membuatnya.


Tapi kenapa menggunakan Excel? “Kebanyakan software graphic adalah mahal dan Excel ini pula telah didatangkan siap di dalam semua PC.” Tatsuo memberitahu PC Online sambil menambah program ini lebih mudah digunakan berbanding lukisan sebenar.


Sebelum beliau bersara dari syarikat lamnya, dia merasa seperti ingin melakukan sesuatu yang baru, maka dia pun mula membeli kpmputer dan belajar menggunakan Excel. Dan selama sepuluh tahun ini, dia telah pun terkenal sebagai artis digital, dan mempamerkan hasil kerjanya di setiap pameran.





Catat Ulasan

0 Ulasan