Isnin, 30 September 2013

Pemandangan Menarik Atas Bumbung Bangunan

Disebabkan hari ni hari Isnin.. aku pasti ramai yang tensen bila start je nak masuk keje.. Jadi untuk menghilangkan stress tersebut, kita santai kan minda dan mata sekejap dengan gambar gambar menarik untuk hari Isnin ni.

Ofis atas Bumbung Bangunan - Austria

Arkitek Wolf Prix dan Helmut Swiczinsky telah membuat reputasi mereka terkenal dengan mencipta sebuah pejabat guaman diatas bumbung



Roller Coaster atas Bumbung - Jepun

Dibina diatas bumbung sebuah kedai outlet lapan tingkat di kawasan bandar yag sibuk, roller coaster yang menakutkan ini sebenarnya tidak pernah dibuka kepada orang ramai.Menurut beberapa sumber, sebab ianya tidak dibuka kepada orang ramai adalah kerana mereka mempunyai masalah dengan struktur bangunan.Tetapi ika dibuka juga, kemungkinan untuk mendapat kemalangan yang ngeri adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.


Kolam Renang Atas Bumbung - Singapura

Jika anda suka berenang di kolam ini, anda perlu naik sehingga ke tingkat 55 semata untuk berenang di dalamnya. Tetapi kolam ini tidak berisiko seperti kelihatan, Walaupun air di kolam ini kelihatan seperti jatuh kebawah, ia sebenarnya akan tertumpah diatas kawasan tadahan di mana air ini akan dipam semula ke dalam kolam utama. Dengan panjang kolam sepanjang 3 kali kolam Olimpik iaitu sehingga 650 kaki, ia adalah kolam luar terbesar dunia pada ketinggian ini. Dengan kos sebanyak 4 billion euro dan ia terletak diatas tiga menara yang berbentuk hotel paling mahal di duni iaitu Marina Bay Sands.


 Taman Permainan Atas Bumbung - Denmark

Jika korang inginkan cabaran yang tidak terdapat di taman permainan biasa, korang boleh cuba untuk bermain taman permainan ini yang dibina diatas bumbung oleh JDS Arkitek di Denmark.


Gelanggang Tenis atas Bumbung - Dubai

Andre Agassi dan Roger Federer telah dijemput untuk perlawanan persahabatan di gelanggang tenis tertinggi di dunia yang terletak di helipad Burj Al Arab, 211 meter dari atas tanah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan