Buat Sendiri : Bingkai Gambar Tentera


Tutorial kali ni aku cilok dari sini.. Walaupun posting dia da agak lama.. tapi aku rasa agak menarik untuk diketengahkan bagi korang yang nak nampakkan kelainan pada bingkai gambar korang. Bahan yang diperlukan pun cukup mudah dan murah tapi hasilnya.. bombastik..

BAHAN- BAHAN

1. Bingkai Gambar kosong
2. Glue Gun(Gam panas)
3. Tentera Mainan
4. Spray cat putih (kena ada)
5. Spray cat hitam, silver, kuning (terpulang kepada anda nak color ape ye)

CARA CARA BINA

1. Mula - mula gam tentera mainan di atas frame tu macam gambar di bawah. Tak selari pon NO hal. Susun ikot kehendak anda.



2. Kemudian spray dengan warna putih dulu,, tujuan nya, warna mainan tu agak pekat, jadi untuk kurangkan tone kene spray yang putih dulu tapi kalau anda suka color original, bole biarkan sahaja. Tapi kurang menarik. 



3. Berikutnya spray la dengan warna yang anda suka. Seperti di bawah color silver.



4. Tunggu kering lepas tu masukkan gambar kesukaan anda.



 Bingkai ni boleh di buat barang hantaran 

Catat Ulasan

0 Ulasan