Buat Sendiri : Kreativiti Dengan Botol Minuman


Bunga cherry memang terkenal di Jepun dan setiap tahun diorang akan meraikan National Cherry Blossom Festival di sana. Oleh kerana kat Malaysia ni takde festival camtu, so bolehla korang wat design kat bawah ni dan layan la kat rumah masing masing ok.




Memula korang perlukan kertas, botol air besar yang tak digunakan lagi, cat warna dan juga berus cat


kemudian, gunakan berus cat yang macam keras skit bulunya tu dan korang tenyehla kat kertas tu. Buat cam bentuk ala ala ranting pokok gitu


Pastu, ambillah botol yang aku suruh sediakan kat atas tadi tu dan chopkannya ke atas dakwat. Terpulanglah korang nak gunakan dakwat kaler pe.. kalau nak nampak macam cherry boleh gunakan kaler pink.. kalau nak nampak macam mengarut, korang bolehlah gunakan kaler biru ke kundang ke.. apa apa je lah..janji korang ceria



Sesudah itu.. tepekkan botol tu berdekatan ranting untuk mendapatkan effek bunga kembang di tepi taman..


Dan tepek lagi sesuka ati korang.. dan lagi sehinggala selesai semua tempat korang tepek..


Dan akhirnya.. inilah hasil dari penat lelah korang... err.. penat ke..?




Catat Ulasan

0 Ulasan