Aku percaya ramai antara kita yang menghadapi masalah lalat
kat umah. Dan biasanya cara orang menghalau lalat adalah dengan menggunakan
tangan yang dikibas kibas dengan harapan lalat tersebut akan pergi dan tak
kembali semula menggangu kehidupan korang.. tapi hakikatnya.. korang sendiri
sedia maklum kan.. hahahaha..
caranya.. letak je di tempat yang selalu dihurung lalat..
dan bila lalat tu melekat je kat kertas ni.. confirm da tak boleh terbang dah
pasal kekuatan gam kertas ni agak menakutkan jugak jika dilihat dari segi
luarannya. Bagi yang ada anak kecik.. jgn ler memandai nk bg dekat kat diorang.
Kang tak pasal.. abes melekat gam tu.. dengan2 lalat sekali melekat kat anak
korang..hahaha..
contoh lalat yang melekat kat pelekat ni
Lagi satu petua yang aku dapat untuk mengurangkan lalat ni
adalah dengan meletak daun kari di tempat tersebut. Walaupun aku tak penah
mencuba.. tp dari yang aku perasan, kadang kadang di kenduri kawin, ada je
diorang letak daun ni. dan.. wallao.. lalat pn tak berani nk hinggap.. bagi
sesapa yang nk melihat daun kari ni camne rupanya…. Ehh.. daun kari pun aku nk
tunjuk gambar ke? ko carik sendiri kat kedai runcit da la. Melambak ada. Kalau taktau..
Tanya je…
Dan last skali.. lalat ni pun ada kelebihannya.. tak caya? Cer
tengok infografik kat bawah ni..dan jangan lupa muhasabah diri kerana setiap
ciptaan Allah, pasti ada hikmah di sebaliknya.. Subhanallah..
![]() |
Kelebihan Lalat |
0 Ulasan