Selasa, 9 Disember 2014

Cara Pengeluaran KWSP Akaun 2

Cara Pengeluaran KWSP Akaun 2

Buat yang bekerja makan gaji di luar sana, Akaun 2 KWSP korang tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja. Jika korang mempunyai rumah, adalah lebih baik ianya dikeluarkan untuk membantu meringankan beban pembayaran bulanan. Sekurang kurangnya, gaji yang ada boleh digunakan untuk tujuan lain seperti melabur, melabur dan juga melabur.. (hahaha..)

Ok, berbalik tentang cerita pengeluaran KWSP akaun 2 ni, apa yang aku nak kongsikan adalah cara nak mengeluarkan duit KWSP untuk tujuan pembayaran pengurangan ansuran bulanan. Sebenarnya, buat yang taktau, Akaun 2 juga boleh dikeluarkan untuk tujuan lain tetapi kali ni aku nak fokus pada pembayaran ansuran bulanan rumah je.

Perkara pertama yang korang kena buat adalah..
pergi ke bank tempat korang buat pinjaman rumah, dan minta surat permohonan untuk Penyata Pengeluaran KWSP. Kalau korang pakai bank BSN macam aku, suratnya macam kat bawah ni la. Kalau bank lain, lainlah formatnya.

( Henpon cikai so gambar pun cikai )

Korang isikan butir butir yang diperlukan, submit pada officer dan kebiasaannya dalam tempoh 3 hari waktu bekerja korang dah boleh ambil penyata ni di bank. Contohnya juga aku letak kat bawah ni.

( Data terpaksa digelapkan untuk tujuan privasi..)

Next step, bila korang dah dapat penyata ni, bolehlah terus ke KWSP berdekatan untuk membuat pengeluaran KWSP akaun 2 ni. Dokumen lain yang diperlukan selain penyata ini adalah.. IC korang. tu je. Mudah sungguh sekarang ni. Da tak perlu nak isi form bagai.. Bawak je IC dengan penyata yang dari bank ni tadi, amik nombor, jumpa pegawai, dan ceritakan masalah korang. Settle.

Tapi kalau di Johor ni, kalau korang nak berurusan pada hari Ahad, ada form yang perlu korang isikan. Tapi pada hari Ahad je, kalau hari lain, bawak IC pun da memadai.

Kebiasaanya dalam 3-5 hari bekerja, duit korang akan dimasukkan ke dalam akaun bank. Kemudian bolehlah korang gunakan duit tu untuk kepuasan nafsu masing-masing.. ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan