Isnin, 7 Oktober 2013

Mr Bean peluk Islam hanya khabar angin?

Sejak dari minggu sudah aku tengok ramai blogger sibuk mengepost hal berkaitan hal Mr Bean memeluk agama Islam. Tak taula samada diorang ni selidik dulu ke atau main copy paste je memana blog hanya untuk dapatkan ranking. Kali ni plak aku dengar.. itu semua hanya khabar angin semata mata..



Dan yang memulakan post itu pun sebuah laman web proIsrael, maka tak hairanlah ramai yang tertipu ngan cerita palsu tu. Ni aku amik sedutan dari SinarHarian tentang cerita khabar angin tersebut..

Sebelum ini, sebuah portal berita yang dipetik dari Islampos.com dan laman web Sadalbadi.com melaporkan bahawa Rowan telah memeluk agama Islam, baru-baru ini.

Menurut laman web berkenaan, Rowan dipercayai terbuka hati untuk memeluk agama Islam selepas menonton filem kontroversi, Innocent of Muslim.

Melalui sebuah portal berita dari Indonesia pula, mereka memberitahu, “Mr Bean tak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari saja sebagai isyarat dia bersyahadat."

Beberapa sumber portal media pula mendakwa tokoh agama dari Tunisia, Sheikh Rashid Ghannousyi, adalah salah seorang pembimbing Rowan.

Untuk menyedapkan lagi cerita tu, ditambah pula dakwaan bahawa ada tokoh agama dari Tunisia yang membimbing Mr Bean untuk memeluk agama Islam ni..Senangnya umat Islam sekarang ditipu ya...

Jika korang nak tau kisah sebenar.. sila lawat sini.. tp dalam English ya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan