Jumaat, 12 Julai 2013

Perlu ke boikot kurma dari Iran?

Setiap kali masuk ke bulan Ramadhan, iklan tv yang paling ngetop aku rasa adalah iklan kurma dari Yusof Taiyob. Da macam sinonim lak.. asal Ramadhan je adalah iklan Yuta ni, asal iklan Yuta ni ada, mesti da nk Ramadhan.. bijak betul dia guna kaedah “marketing tanam minda” ni..


sekadar gambar hiasan. kredit to drusila

Itu baru mukadimah, apa aku nk cite sebenarnya..baru baru ni aku asik terdengar slogan boikot barangan Iran yang tengah hangat kat internet sekarang.. lepas aku gali lebih mendalam.. barulah aku tau, yang boikot ni dianjurkan atau dimulakan oleh ulama terkenal Syeikh Yusof Qardhawi kerana untuk menyokong golongan sunni yang terus terusan ditindas oleh golongan syiah di Iran..



Aku memang setuju dengan boikot ni, ( walaupun setuju, aku da terbeli gak kurma import dari Iran ni kelmarin..hahaha )  tapi aku rasa kita semua ada pilihan..janganla kerana nak boikot Iran kita tak beli produk dari pengeluar ni.. salah cara tu.. perlu diingat, ini syarikat orang Islam, yang bekerja dengan diorang ni pun orang Islam, kalau kita nak boikot sangat, boikot je kurma yang diimport syarikat ni dari Iran.. kurma dari negara lain, takde masalah kalau nak makan.. at the end.. keluar dari badan gak.. ;p


Tiada ulasan:

Catat Ulasan