Khamis, 11 Julai 2013

Penat kejar Imam dalam Solat Terawih?

Aku tau ramai yang makmum di luar sana yang kadang kadang solat terawih di belakang imam yang baca agak laju. Kita belum pun habis baca Al-Fatihah, imam da rukuk.. tu yang jadi penat tu..dek kerana nak cepat habiskan baca Fatihah semata nak sempatkan rukuk bersama imam. Ni biasanya berlaku kepada imam yang membaca surah lazim dalam terawih tu, tapi kalau baca surah panjang panjang, takkan la tak sempat nak membaca Al-Fatihah plak kan.. dan kebiasaan ini juga berlaku pada rakaat kedua.. ye la.. biasanya rakaat kedua, selepas fatihah imam akan baca al-ikhlas, baru 4 ayat.. al-fatihah plak 7 ayat.. ni juga sekaligus menjadi punca ramai makmum yang terkumat kamit nak lajukan bacaan.. ntah betul ntah tidak tajwidnya.. wallahua’lam..



Di surau tempat aku berjemaah semalam, biasanya sebelum memulakan solat sunat terawih, mereka akan memberikan sedikit tazkirah dan dalam tazkirah semalam, mereka berkongsi kaedah supaya kita dapat menghabiskan al-fatihah kita dengan tenang dan dalam masa yang sama dapat rukuk bersama imam. Mungin ada yang tau kaedah dan mungkin ada yang tidak, jadi aku kongsikan juga, supaya yang tak tau tu boleh jadi tau dan yang tau tu boleh perbetulkan kalau ada silapnya..

Jadi apakah kaedahnya?             
                  
Mengikut apa yang disampaikan semalam.. ketika imam masih sedang membaca Al-Fatihah dan selepas 4 atau 5 ayat, makmum sudah boleh memulakan bacaan al-Fatihah mereka sendiri..ketika imam sampai ke pembacaan Amin.. makmum boleh berhenti sekejap dan meng’Amin’kan bersama imam kemudian disambung semula pembacaan yang terhenti tadi.. Dengan kaedah ini.. in syaa Allah makmum akan sempat membaca al-Fatihah sampai habis tanpa perlu terkejar kejar..


Jadi, aku harap kita dapat memanfaatkan ilmu ini bersama kerana ilmu yang baik, moh la kita sampai sampaikan..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan