Isnin, 15 Julai 2013

Camni ke minta maaf ??

Minggu lepas aku ada cerita berkenaan 2 ekor mangkuk yang telah menghina umat Islam dengan ucapan salam mereka yang terang terang menghina kesucian agama Islam. Hari ni, aku dapat tau yang diorang da buat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia diatas kebiadapan mereka tempohari.

Walaupun mereka katakan yang mereka telah meminta maaf.. tp menurut akaun twitter mereka kat bawah ni.. adakah ini yang dikatakan mangkuk 2 ekor ni sebagai maaf ??

 



Persoalannya.. adakah semudah itu untuk mereka dimaafkan ? Kalau macam tu..bagus la..asal salah je, buat permohonan maaf secara terbuka, kemudian buat macam takde apa2 yang berlaku..jadi rapper.. sokong kerajaan, Lepas tu.. segalanya dapat dilupakan..dosa mereka diampunkan.. Hidup mereka tenang setenang tenangnya..

Singkatnya pemikiran mangkuk ni..

Pada pendapat aku, penguatkuasaan kita terhadap undang undang yang menjamin hak istimewa Islam di Malaysia ni masih lemah. Dan, pihak yang bertanggungjawab dalam menjaga kesucian agama Islam kita ni juga tersangatlah “bertimbang rasa” dan “baik hati”..Sungguh penyayang mereka mereka yang berada diatas ni.. Kalau boleh, marilah kita sama sama melapangkan tangan, menadah kepala untuk dipijak oleh mereka mereka yang talam dua muka ni.. Bia suatu hari nanti, mereka dituankan dan kita pula dikulikan ( walau hakikatnya, kita memang telah dikulikan pun.. )

Itupun, kalau korang paham apa yang aku maksudkan la..  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan