Selasa, 23 Julai 2013

Apa yang korang perlu semak sebelum beli rumah bhgn 2

Minggu lepas aku dah bagitau apa step pertama korang perlu mulakan sebelum nak beli rumah. Jadi disebabkan hari ni aku rajin skit.. aku sambung la step seterusnya supaya korang boleh segera mempunyai rumah sendiri dan mengelakkan diri dari dikencing oleh mereka yang suka amik kesempatan..

Ok.. step kedua yang perlu korang buat pula ialah.. sediakan dokumen untuk loan rumah secukup rasa. Tujuannya adalah untuk korang gi jumpa banker dan cuba dapatkan pakej loan terbaik yang boleh diberi oleh bank bank “pemurah” ni..selain tu, diorang juga boleh checkkan sekali blacklist lain yang korang mungkin ada selain CCRIs yang aku sebutkan tempohari. Contohnya CTOS kerana ada bank yang tak pandang CTOS ni dalam pemberian loan kepada peminjam dan ada juga yang amik kisah pasal CTOS ni. Tapi bab tu aku tak nak sentuh. Karang panjang berjela lak post ni. Jadi bab tu korang kena pandai pandaila cari dan ringankan mulut bertanya ya.. hehehe

Oh sebelum aku terlupa, dokumen yang perlu korang standbykan adalah salinan IC depan belakang, salinan slip gaji 6 bulan, salinan penyata bank 6 bulan, salinan KWSP dan salinan surat pengesahan majikan. Kalau aku tak bagitau kat sini pun, korang boleh tengok je kat mudah.my. bahagian property. Diorang pun ada bagitau apa dokumen yang perlu korang sediakan..
 
Bila semua ni da buat..dan selepas pegawai bank tu dah sengih sengih kat korang.. mengertilah bahawa yang korang memang layak untuk beli rumah..Jadi step seterusnya dah semakin mudah kerana semua akan diuruskan oleh pihak bank tersebut dan lawyer ( yang biasanya setiap bank ada panel lawyernya sendiri ).. dan lupa juga aku nak ingatkan perkara penting..iaitu.. selain dari dokumen yang perlu disemak.. jangan lupa plak nak semak duit korang secukupnya kerana :-

1.       Downpayment rumah kena pakai duit ( unless T&C tulis tak perlu downpayment )
2.       Lawyer kena pakai duit – ni boleh contra kan dengan menggunakan duit di KWSP
3.       Upah agen pun kena duit
4.       Dan lain lain lagi yang korang akan tau bila da beli rumah..

Jadi, kalau still tak cukup duit lagi tu.. rajin rajin la menyimpan ya.. kete mahal mahal boleh beli.. takkanla rumah yang yang jauh lebih penting dari kete ni tak boleh nk beli ye tak..  ;)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan