Khamis, 18 Julai 2013

Apa yang korang perlu semak sebelum beli rumah

Baru baru ni member rapat aku call, bertanyakan tentang cara nak beli rumah baru.. punya la excited dia bercerita tentang rumah yang dia nak beli tu sampai aku tak sempat nak mecelah apa apa pun..dan dalam banyak banyak cerita dia..point penting ni je yang aku ingat..

“Tapi bro, agent tu mintak duit deposit dulu, kemudian dia suruh kita sendiri pergi check loan dengan bank samada lepas ataupun tidak.. kalau tak lepas.. hangus la duit tu..” Hamboi..hamboi.. Senang betul agent camni wat duit ya. Sesuka ati dia je nk mengencing member aku ni. Nasib baik la dia bertanyakan dulu pada aku, kalau tak, confirm hangus camtu je duit dia kalau loan tak lepas.

Jadi, untuk mengelakkan diri korang dari terkena kencingan camni..ni  aku kongsikan sedikit tips yang korang perlu tau sebelum cuba cuba nak beli rumah..

Pertama sekali.. check kelayakan, kemampuan, dan komitmen diri korang sebelum cuba cuba untuk membeli rumah ni.. Tak sesusah mana pun.. korang sendiri boleh gi ke bank Negara ( kalau kat Jb ni, sila ke bukit timbalan sebelah pejabat pos Bandar jb tu.. kalau tempat lain, aku taktau la ) dan gi ke kaunter pertanyaan dan beritahu pegawai yang bertugas kat situ yang korang datang untuk print Laporan Kredit. Mereka akan membantu korang dengan senang hati untuk print laporan tu. Sebagai balasan, bagila pegawai tu sedikit senyuman sebagai sedekah.. hehehe..

Buat masa ni, apa yang aku tau.. kalau di laporan tu ada menunjukkan tunggakan selama 2 bulan je, jarang ada bank yang akan amik korang sebagai anak angkat mereka.. tapi kalau laporan tu menunjukkan banyak angka “0” tanpa ada terselit pun angka “1” ataupun “2” dan nombor seterusnya.. nescaya ramailah pegawai bank yang akan mengofferkan diri untuk menjadi sahabat korang dengan harapan korang menambah hutang korang dengan mereka.. Jadi, berwaspadalah ya..

Untuk tips yang kedua pula.. aku rasa aku akan sambung kemudian kerana tangan pun da lenguh menaip panjang panjang ni.. so kita bersambung je la ya.. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan