Isnin, 1 Julai 2013

JDT kecundang di Final

Akhirnya, setelah bertarung selama 90minit, keputusan akhir diketahui juga. Kelantan berjaya mengekalkan Piala FA yang telah dimenangi pada tahun lepas, kali ni dengan JDT sebagai mangsa 1 - 0. Walaupun aku bukan peminat tegar JDT ni, tapi disebabkan aku sendiri dok kat Johor ni, jadi aku mestilah kena sokong negeri sendiri ye tak.

 Memula tu aku memang berharap sangat la JDT menang, tp tengok je gaya permainan lemah yang ditonjolkan, sah.. memang takde harapan nak bawak balik Piala tu ke selatan. Sakit hati je tengok diorang main, mana taknya, defends lemau sungguh, langsung takde marking pemain Kelantan, pulak tu asik salahkan satu sama lain. Nasib baik la golkeeper tu boleh diharap, dialah yang banyak menyelamatkan keadaan dan dia je lah yang aku respek dalam kebanyakan pemain JDT yang main tapi lebih kepada "main-main".

 Apa2 pn, aku rasa pihak pengurusan JDT tak perlulah melabur duit banyak2 untuk menarik penyerang yang belum tentu boleh bermain dengan baik, tp lebih baik upgrade kan defense dan juga midfield team JDT ni. Kalau penyerang hebat pun, tapi gawang asik bocor pn tak guna juga kan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan