Selasa, 2 April 2013

Perbezaan rumah sub sale dan rumah baru


Ramai yang tanya aku, specially buyer aku, kenapa aku suka jual rumah sub sale ? Apsal aku tak jual rumah baru je. Rumah baru kan senang, boleh dapat skim rumah pertamaku, boleh dapat rebat, boleh dapat itu, boleh dapat ini..macam macam lagi la..jadi..ni aku bagitau kat sini perbezaan antara rumah sub sale dengan rumah baru yang pada pendapat aku… diulangi.. pendapat aku.. lebih baik beli rumah sub sale dari rumah baru… dan opkos.. kalau korang ada budget lebih, sukati korang la nk beli rumah baru ke sub sale ke..yang ni aku just bg pendapat..

1.     Harga Rumah
Harga bagi rumah yang aku dapat dari sub sale ni biasanya lebih rendah dari market value la dan kadang2 ada juga yg ngam ngam kat market value tu orang nk jual. Berbanding dengan rumah baru, kalau kat jb ni, agak sukar la nk dapat harga single storey dalam RM 150 ke bawah lagi, tapi harga ni masih valid untuk rumah sub sale

2.     Geran
Bagi rumah baru ni, biasanya geran still under pemaju dan kalau nk transfer nama ada kos yang bakal terlibat, tapi utk rumah sub sale ni, setel semua urusan, geran terus milik pemilik baru

3.     Grill, Kipas, Table Top, Finishing dalaman rumah
Kalau kena pada cara dan rumahnya, mende ni semua da siap tersedia untuk pembeli dengan harga rumah bawah market value skali. Kalau rumah baru.. dapat ke??




Sebenarnya banyak lagi yang aku rasa banyak lagi kelebihan yang boleh dibincangkan, tapi tu semua bergantung kepada kehendak pembeli. Aku tak cakap beli rumah sub sale terbaik dan rumah baru tak bagus, cuma.. semua ni berbalik kepada kemampuan dan kehendak pembeli..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan