Jumaat, 29 Mac 2013

Good Friday? Apa tu?


Kalau sesapa yang ada calendar dan tengah tengok sekarang.. mesti korang perasan yang kat calendar tu ada tulis good Friday utk hari ni.. Masalahnya apa kebenda good Friday tu.. ? bukan ke kita ni orang islam memang sentiasa mengalu-alukan hari jumaat kerana kebarakahan yang ada di dalamnya..tp kenapa ada hari lain yang dinamakan sebagai good Friday lak..? Jom kita selidik..  
Kalau mengikut catatan kat bawh ni.. yang aku amik dari Wikipedia..
" Hari Easter merupakan kepercayaan penganut agama Kristian bahawa Jesus Christ telah dihidupkan kembali ("dibangkitkan") pada hari Ahad itu. Lazimnya ia disambut antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut Kristian Timur), menurut kitaran bulan.
Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci ("Holy Week") disambut oleh mereka dan pada Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Jesus telah disalib. Pada Ahad Palma ("Palm Sunday") yang menandakan permulaan Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan daun palma yang telah diurapi oleh para paderi.Perayaan Easter terkenal dengan pemberian telur berwarna-warni yang berisikan coklat. Tradisi memberi telur sebenarnya bukan tradisi Kristian tetapi merupakan tradisi kuno Yunani merayakan datangnya musim bunga. Perayaan musim ini selalunya dirayakan dengan meriah mengiringi kegembiraan meninggalkan musim dingin yang suram dan beku. Telur adalah lambang kesuburan "
Oo.. jadi tawu la kita bahawa hari jumaat aka good Friday ni bermaksud.. hari jesus telah disalib.. (ceh..) itu je ke maksudnya… aku ingatkan ada cite yang lebih menarik ke.. rupanya hari ni adalah hari memperingati ( lebih kurang ginilah maksudnya ) kematian Jesus mereka..
So.. buat korang yg da tawu cite psl ni.. blh la sampai2 kan kat kengkawan mana yang tak tau lak.. bagus berkongsi ilmu ni.. lebih2 lagi kalau bagi kredit pada blog ni.. hahahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan