Jumaat, 29 Mac 2013

Good Friday? Apa tu?

Kalau sesapa yang ada calendar dan tengah tengok sekarang.. mesti korang perasan yang kat calendar tu ada tulis good Friday utk hari ni.. Masalahnya apa kebenda good Friday tu.. ? bukan ke kita ni orang islam memang sentiasa mengalu-alukan hari jumaat kerana kebarakahan yang ada di dalamnya..tp kenapa ada hari lain yang dinamakan sebagai good Friday lak..? Jom kita selidik..  
Kalau mengikut catatan kat bawh ni.. yang aku amik dari Wikipedia..
" Hari Easter merupakan kepercayaan penganut agama Kristian bahawa Jesus Christ telah dihidupkan kembali ("dibangkitkan") pada hari Ahad itu. Lazimnya ia disambut antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut Kristian Timur), menurut kitaran bulan.
Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci ("Holy Week") disambut oleh mereka dan pada Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Jesus telah disalib. Pada Ahad Palma ("Palm Sunday") yang menandakan permulaan Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan daun palma yang telah diurapi oleh para paderi.Perayaan Easter terkenal dengan pemberian telur berwarna-warni yang berisikan coklat. Tradisi memberi telur sebenarnya bukan tradisi Kristian tetapi merupakan tradisi kuno Yunani merayakan datangnya musim bunga. Perayaan musim ini selalunya dirayakan dengan meriah mengiringi kegembiraan meninggalkan musim dingin yang suram dan beku. Telur adalah lambang kesuburan "
Oo.. jadi tawu la kita bahawa hari jumaat aka good Friday ni bermaksud.. hari jesus telah disalib.. (ceh..) itu je ke maksudnya… aku ingatkan ada cite yang lebih menarik ke.. rupanya hari ni adalah hari memperingati ( lebih kurang ginilah maksudnya ) kematian Jesus mereka..
So.. buat korang yg da tawu cite psl ni.. blh la sampai2 kan kat kengkawan mana yang tak tau lak.. bagus berkongsi ilmu ni.. lebih2 lagi kalau bagi kredit pada blog ni.. hahahaha

Rabu, 27 Mac 2013

Kreatif sungguh..

Aku pasti korang pasti bersetuju kalau aku bgtau.. Orang Jepun memang terkenal dengan idea luar biasa dan yang pelik2 belaka.. kat bawah ni salah satu ciptaan kreatip diorang yg aku jmpa ( sbnrnya banyak lagi.. ) tp yg ni aku rasa moleh diketengahkan.. memperkenal.. pemegang ipad masa baring.. ( baca dengan nada doraemon k.. hahahha )

Ahad, 24 Mac 2013

Hukum Pemimpin Tak Melaksanakan Hudud - UAI

Rasanya pemimpin yang bagaimana kita nak pilih ya..?

27 - Hukum Pemimpin Tak Melaksanakan Hudud dan Adakah Rakyat Turut Berdosa?

UAI : setiap pemimpin umat Islam yg berkuasa dalam sesebuah negara tak melaksanakan hukum Allah, mereka akan ditanya di akhirat nanti pasal ini...rakyat tidak bersalah melainkan jika rakyat sudah tahu pemimpin tidak mahu melaksanakan hukum Allah lalu dilantiknya juga menjadi pemimpin.

Jumaat, 22 Mac 2013

Doa Menghilangkan Sel Kanser

aku tak pasti mender ni betul ke idak.. dan aku tak harapkan korang untuk mempercayainya 100%..dan aku rasa tak salah untuk sesiapa mencuba..yang penting tak lari dari akidah da la..

DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER.

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x. 
2. Salawat Nabi 10x. 
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91). 
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81). 
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28). 
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50). 
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227). 
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52). 
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77). 
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.

sumber

Perasan tak kita..?

Selalu kita ke bank.. katakanlah nak keluarkan RM100, jadi kita pun cucuklah mesin atm tu pakai kad atm..ye la.. takkan pakai kad petronas lak kan.. bila duit da keluar, hati pun berbunga..tp.. perasan tak kita.. yang di kat atm tu tiada nama sesiapa selain nama kita.. dan kebanyakan bank sekarang pn da tak pakai buku akaun lagi.. semuanya pakai kad atm je..

pernah ke kita terfikir.. kalau kita tiada..(ehem..) kemana duit kita yang beribu riban kat bank tu akan disalurkan..? kena amik tau ni.. duit kita kan..takkan nk wat taktau je kan.. at least.. duit tu blh digunakan utk amal jariah bila kita... ehemm lagi sekali..

macam tu juga dengan buku ASB.. pun tiada nama orang lain selain nama kita...waduh.. bisa gawat ni.. kat ASB je da ada RM 50 ribu.. wat nye tetiba kemalangan dan... koma.. confirm duit tu tak leh nak dikuarkan.. macam mana ni..?

lain la macam Tabung Haji ke.. KWSP ke.. tu semua da ada PENAMA.. tp tu pun masih ramai yang tak hapdate lagi...habistu yang kes takde nama waris ni ape cite.. xkan nk bg kerajaan camtu je wet tu.. hehehehe...

jadi.. untuk setelkan masalah ni.. ada 2 je cara paling mudah.. caranya ialah...

kita bersambung di kemudian hari... :)